Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Showing posts with label Macam-Macam Manik. Show all posts
Showing posts with label Macam-Macam Manik. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Harga Upah

Salam,

Ada beberapa orang yang bertanya mengenai bagaimana cara untuk menentukan harga upah jahitan manik. Saya sebenarnya telah membincangkan topik ini pada entry bertarikh 28 Disember 2010. Go check this entry out if you want to know more about the tips. 


Sebenarnya harga upah untuk sesuatu design manik adalah bergantung pada anda sendiri. Tak perlu terikut-ikut dengan harga beaders lain. Mungkin anda akan terkejut jika mengetahui ada beaders yang meletakkan harga sehingga ribuan ringgit untuk sesuatu design sedangkan ada beaders lain yang menjahit design yang sama hanya menerima upah puluhan ringgit sahaja.

Jadi, tak perlulah jadi gelabah bila orang lain letak harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada anda, yang paling penting, upahnya haruslah berbaloi dengan kerja tangan dan penat lelah anda. Dan nasihat saya, jika ingin meletakkan harga yang tinggi, kualiti jahitan dan kualiti material yang anda gunakan haruslah dijaga. Pada masa yang sama, jangan letak harga yang terlalu rendah sampai anda kata "ala.. harga upah saya hanya balik modal je..." adoiii... penatnya bersengkang mata menyulam berbutir-butir manik siang dan malam, sampai sakit bahu, sakit belakang, sakit kepala dan rabun mata :)  

akhir kata
BERUSAHALAH!!!

...peace...

sig

Friday, July 22, 2011

Acrylic? Plastic? Glass?

Rasanya masih ramai yang keliru dengan jenis-jenis manik yang kita gunakan untuk beading embroidery, termasuk saya. Jadi, hari ni saya nak share something yang mungkin berguna untuk kita semua mengenai jenis-jenis manik dan bahan yang digunakan untuk membuat manik dan kristal.
Yang pertama sekali ACRYLIC:-
mengikut en wiki, ACRYLIC bermaksud "Chemical compounds that contain the acryl group derived from acrylic acid". Tapi untuk kita-kita yang tak berapa nak pandai sains ni, mungkin kita akan faham dengan bantuan gambar 


Acrylic Sheets

Bila dah diproses untuk dijadikan manik dan kristal, macam ni lah rupanya:-

Acrylic Stones

Yang kedua, PLASTIC:-

Yang ni tak payah tanya En Wiki la ye.. kita terus tengok gambar je senang

Plactic Beads

Yang ketiga GLASS:-


Glass Stones

Glass Beads

Glass Pearls


Jadi, diharap apa yang telah saya share hari ni dapat membantu kita semua lebih mengenali jenis-jenis manik yang ada di pasaran. Saya akan cerita lebih detail pasal glass beads dan glass pearls pada entry yang akan datang. So, bye for now.. have a great weekend!! ;)

KEEP ON BEADING!!

sig




Tuesday, December 28, 2010

Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Salam ladies and gents ;)

Kali ni saja nak share pasal 'cara untuk anda menentukan harga upah jahit manik'. Mungkin ada yang dah tahu pasal teknik yang akan saya share ni, so kalau dah sila abaikan entry ini. Kalau rasa tak releven cara saya ni, sila abaikan juga entry ni, terima kasih.

Saya dapat tahu cara ni pun dari sifu manik Rosita Jaafar masa saya attend Bengkel Gabungan Warna & Melakar Corak yang diadakan oleh beliau a few months ago (ke last year.. x ingat dah :P). Tapi ada juga beberapa perkara yang saya pandai-pandai tambah :P So, here it goes...

Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-         
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%.

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. Tapi, yang paling penting sekali, pastikan anda menjaga kualiti jahitan anda, gunakan material yang berkualiti dan siapkan baju pada waktu yang dijanjikan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni..) :)

Happy beading everyone!!


sig

Tuesday, December 21, 2010

Mari Beli Manik

Oh.. bukan saya nak jual manik di sini, sekadar ingin berkongsi tentang di mana manik dibeli... (it ryhmes ;))

Ramai yang tanya, Zai beli manik di mana? Ada yang bertanya di blog ini, ada yang email, student dalam kelas pun ada juga ingin tahu di mana saya mendapatkan manik/labuci/glass pearl etc. Tujuan saya berkongsi info ini bukan untuk mempromosikan kedai/individu, cuma ingin menjawab pertanyaan pada yang bertanya :)

Actually, banyak kedai/web yang jual manik..(duuuhhh.. semua orang tau la Zai..hehe) Tapi yang selalu mendapat perhatian saya adalah kedai/web berikut:-

1. ZaiManik (owned by Zaihasra Zulkifli) http://zaimanik.fotopages.com/
    Supplier of Japanese Seed beads and beads embroidery supply.

2. MarinaCraft (owned by Marina) http://www.marinacraft.com.my/

    Beading craft and embroidery supply.

3. Beading.com.my http://www.beading.com.my/
   
4. CT Handycraft (Located @ Seksyen 18 Shah Alam, near Mydin)

5. Clover Cash & Carry (Located @ Seksyen 9 Shah Alam)

6. Bunga Reben (Located @ Jalan Tunku Abdul Rahman KL, beside Nagoya)

7. My Collection (Plaza GM Lorong Haji Taib & Klang)
Lain kedai, lain harga dan kualiti manik/labuci nya, so terpulang pada anda untuk menilai, tapi memang kedai2/web2 yang saya senaraikan di atas yang TERBAIK!

sig

Tuesday, June 29, 2010

Crumble Mumble Tips

Salam semua!!

Rindunya nak update blog... rasa nak update je blog ni tiap-tiap hari, tapi apa yang nak diupdatekan... jahit manik pun tidak... bekas manik, jarum manik, segalanya berkenaan manik dah disimpan dalam stor... but not for long... 44 hari je... pantang pun dah nak habis.. tinggal lagi 3 hari, so lepas ni tak menang tangan balik lah dengan tempahan manik yang tak sudah-sudah... (cehh.. ramai sangat ke yang nak tempah kat awak tu Zai oi.. :P) tapi alhamdulillah, memang ada saja yang berminat nak hantar baju untuk dibling-blingkan.. dah bagitau banyak kali kat blog, kat facebook, yang tempahan dah ditutup pun masih lagi ada yang bertanya boleh ke nak hantar baju lagi...? Itu tandanya ada juga peminat beadwork saya... :) Terima kasih... pada yang bertanya, maaf jika saya tidak membalas sms atau email anda, mungkin saya terlepas pandang atau langsung terlupa untuk menjawab pertanyaan anda... Sorry.. (ketuk kepala sendiri 15 kali.. hehe)

Sementara menunggu 3 hari lagi ni, rasa nak share something kat sini. Nak share knowledge pasal design crumble mumble sebab ramai yang bertanya tips dan cara jahitan design yang tengah hot ni. Bukan nak kata saya ni pakar sangat dalam design ni, cuma nak kongsi apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman setahun jagung saya... design ni pun bukan saya penciptanya... Umi Pepari Design yang empunya design... God knows how talented she is... terima kasih Umi sebab mencipta design yang kreatif dan indah ini...

Ramai yang minta saya buat nota untuk design ni dan ada juga yang minta saya buat online tutorial, bukan tak nak atau malas, tapi saya rasa design Crumble Mumble ni susah nak difahami jika diterangkan dalam email atau dari tulisan sahaja, macam mana pun kena ada guru di depan mata, baru menjadi dan baru senang nak faham. So, kali ni, saya bukan nak ajar macam mana nak jahit, just nak share macam mana nak dapatkan jahitan Crumble Mumble yang cantik dan kemas. Mungkin ada yang dah tau, so pada yang dah tau tu just ignore je la entry saya ni :)

1. Gunakan benang yang sama warna dengan warna kain supaya jahitan anda nampak lebih kemas dan jika dilihat dari belakang jahitan, tak lah kusut masai dengan benang yang bersimpang siur :)

2. Pelbagaikan saiz beads dan pearl yang anda gunakan... glass pearl dari saiz 6mm ke 3mm, dan juga glass beads, dari saiz yang paling besar ke paling kecil. Pelbagaikan juga bentuk manik, ada bulat, ada bicone, ada empat segi, ada bujur...

3. Gunakan kristal, glass pearl dan beads yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan kualiti jahitan yang lebih cantik, lagi shining gitu! Kristal Swarovski adalah yang terbaik untuk kristal.

4. Tak perlu terlalu menyusun pearls dan beads mengikut susunan sangat, Crumble Mumble adalah teknik manik tabur.. biarkan ia berterabur :)

5. Untuk warna, gunakan semua warna yang ada pada baju, naikkan warna yang paling sedikit pada baju untuk menaikkan seri baju.

6. Latihan adalah penting untuk menjahit design ni, lagi banyak jahit, anda akan tahu kelemahan dan kekurangan jahitan anda.

Rasanya itu je yang dapat saya kongsi kali ni, insyaAllah kalau ada tips lagi, saya share lagi ye! Selamat mencuba!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Love Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
sig

Sunday, February 28, 2010

W.I.P - Crumble Mumble Putri Maya

Dah lama jugak rasanya tangan ni tak buat Crumble Mumble. Kali ni tempahan baju dari Putri Maya, orangnya kecik molek je.. tak pernah jumpa sebab bajunya pun hanya dipos pada saya. Baju biru yang plain diminta untuk dihiasi dengan design Crumble Mumble. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, esok atau lusa saya akan upload the finished product.. ceh.. product tuu ;) But before that, saja nak tunjuk 'in the making' Crumble Mumble ni.. adus... rasanya semua beaders pernah alami situasi ni..


Manik Tabur Atas Lantai

Inilah yang akan terjadi kalau anak dara saya yang umurnya 2 tahun tu kacau mama dia jahit manik. Habis berterabur manik atas lantai. Tapi, kadang-kadang dia tak kacau pun saya sendiri yang terbuat manik berterabur ;) Bila dah jadi macam ni, menjerit la.. apa lagi! Tapi dalam dok marah-marah tu, kutip la sebijik-sebijik manik ni.. sayang tu.. takkan nak buang je kan? Rasanya memang tak boleh avoid la situation macam ni.. biasa la tu.. :)

Pastu, nak tunjuk jugak dulang bekerja saya..


Crumble Mumble In The Making

Macam ni la rupanya dulang bekerja saya bila menjahit manik. Memang messy sebab malas nak asingkan manik-manik ni masa menjahit. Lagipun kalau buat design Crumble memang lagi senang taburkan je manik-manik ni dalam satu bekas. Dulang ni saya beli 3 tahun lepas rasanya dari ZaiManik (bukan saya). Kalau tak silap Kak Zai dah tak jual dulang ni lagi. Senang pakai dulang ni sebab lapiknya diperbuat dari kain baldu, so senang nak cucuk manik tu masa menjahit. Kalau nak dapatkan dulang ni maybe boleh cari kat kedai orang buat gelang Swarosvki.

Ok, tu je nak share for the time being. Oh ya, kelas Crumble Mumble + Shimmering Flora insyaAllah 'ON'. Kemungkinan besar tarikhnya 7th March 2010 (Ahad) depan. Saya akan bagitau details pasal kelas ni ASAP. Tunggu ye..

Wednesday, February 24, 2010

Kelas Crumble Rumble

Saya ada satu soalan untuk para beaders dan juga semua peminat manik sekalian... kalau saya buat kelas Crumble Rumble anda sudi nak join tak? Bukan apa, ramai yang request mintak ajarkan teknik buat Crumble tapi kita taknak la syok sendiri je kan.. :) So sape yang interested sila angkat tangan ye.. kalau ada ramai yang berminat, boleh saya mula siapkan nota dan arrange apa yang patut untuk kelas nanti. Thanks... ;)


Crumble Rumble Aisyah

Wednesday, February 17, 2010

Ini Bukan Hasil Jahitan Saya



Hihi.. saja kali ni letak beadwork orang lain kat sini.. rasanya ramai yang tahu baju ni adalah hasil kerja tangan Ain Nurfarahin Zyed Ahmad, pemenang pertama Pertandingan Piala Sulaman Manik & Kristal FTIMDC 2009. Memang boleh ternganga tengok baju ni.. kalau masa dinner 3 April 2009 dulu, dapat tengok baju ni dari jauh je.. tapi bila saya attend Seminar Gabungan Warna & Melakar Corak anjuran FTIMDC 31 Januari 2010 yang lepas, dapat belek habis-habisan baju Ain ni. Ini adalah antara baju yang diperagakan semasa seminar ni, banyak lagi baju yang boleh buat mulut ternganga bila kita tengok especially hasil jahitan sifu kita Sis Rosita Jaafar.

Banyak yang saya pelajari masa seminar ni selain teknik gabungan warna dan melakar corak, Sis RJ ada bagi banyak tips dan petua-petua beliau sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang sulaman manik ni. Ada juga diajar bagaimana untuk anda mengira kos hasil kerja tangan sulaman yang mana saya rasa ramai yang still teragak-agak lagi dalam hal ni termasuk saya.

Kalau nak cerita kat sini pasal seminar tu memang tak tercerita... banyak sangat yang boleh saya kongsi di sini, tapi saya rasa better anda pergi sendiri seminar ni kalau ada lagi anjuran dari pihak FTIMDC. Tak mahal, cuma RM100 untuk seminar dari 10.00 pagi hingga 4 petang termasuk makan tengah hari dan minum petang. Boleh dapat free gift lagi! So, untuk keterangan lanjut pasal seminar ni, sila layari website rasmi FTIMDC (Fashion Trade Institute of Malaysia Designing Center) www.ftimdc.com

Friday, February 5, 2010

Apa nak buat... customer is always RIGHT!!

What is your first impression when you see these designs? My customer's (the owner of these 'bajus') impression is she scream out loud "Oh Nooo!! Why is she using these colors? Why is the design like this?" Dia tak jerit kat saya.. tapi dia jerit kat assistant dia yang tolong ambik dan hantar baju ni pada dia. After that, dia mintak assistant dia hantar balik baju-baju ni pada saya untuk bukak balik semua beads n sequin ni.

Well... what to do? CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. Salah saya jugak, saya dah tau customer yang ni tak suka contrast color, saya bubuh jugak color-color ni kat baju dia. Memang la kena reject. Dengan berat hatinya, saya bukak balik semula jahitan saya ni hasil penat lelah selama 2 minggu.

Sekarang tengah pening nak pakai color apa dan design apa pulak kat baju-baju ni. Hopefully cepat la dapat idea dan cepat dapat siapkan baju ni dan cepat dapat redakan amukan customer yang sorang ni :) No worries Pn. M, lepas ni saya pakai color yang sedondon, yang maching dengan baju Pn. M.

Pernah tak situasi macam ni terjadi pada anda? Apa pula reaksi anda? Bagaimana anda charge customer anda jika situasi ini terjadi pada anda?

Friday, July 3, 2009

W.I.P - Kak Fatimah


Update que baju:-

1. Syarifah Fauziah (Abaya Dress) - W.I.P
2. Yanie
3. Yanie
4. Kak Jem (Yanie's Sis)
5. Kak Liza
6. Kak Liza
7. Ibu Kak Liza
8. Ibu Kak Liza
9. Azila
10. Puan Mahani
11. Puan Mahani
12. Baiti
13. Baby Hana
14. Masyitah
15. Masyitah
16.Puan Mahani

OK.. dengan ini dengan rasminya saya umumkan tempahan manik untuk Hari Raya ditutup.. So sorry sebab kena tutup lebih awal dari tarikh yang tertera di atas.. Nak concentrate buat baju-baju yang dah dihantar pada saya. Nanti tak siap kena kejar dengan penyapu la saya.. :) InsyaAllah.. pada siapa yang dah hantar baju pada saya atau saya dah 'book' kan slot anda di atas.. don't worry.. akan saya siapkan jugak baju-baju anda walau apa pun terjadi supaya anda dapat ber'bling-bling' di Hari Raya nanti. Kalau ada sesiapa yang nak hantar baju untuk baju selepas Hari Raya, dipersilakan.. saya boleh terima.. kalau sempat siap before raya saya bagitau.. tapi tak janji leh siap tau.. :)

Sunday, June 21, 2009

Flowy Goldie



Friday, May 22, 2009

Raya Datang Lagi!! (insyaAllah..)

Monday, April 13, 2009

Baju Pertandingan









Ni lah dia hasil kerja saya selama sebulan. Patutnya kejap je dah boleh siap tapi malas nak mengadap dia je tiap-tiap hari... macam Kak Izan cakap, naik muak jahit sebab leceh la jahit sulam benang. Tak tau nak bagi nama ape kat design ni.. Jalinan Puteri Balqis sesuai tak? Hehe.. curik nama Balkis :P

Monday, April 6, 2009

Pertandingan Sulaman Manik Kristal FTIMdc 2009



Alhamdulillah... dah berlalu pun pertandingan ni... walaupun tak menang, tapi rasa puas hati sapat masuk pertandingan ni for the first time. At least dapat experience bertanding.. tapi yang lagi best dapat kenal ramai beaders yang best-best belaka. Lepas tengok baju-baju beaders lain yang bertanding terus tepuk dahi.. pastu rasa nak gelak je.. bukan apa.. baru sedar diri dan tertanya-tanya "kenapa la aku tak terfikir buat design yang grand sikit macam orang lain.." Apa-apa pun memang tabik spring kat semua beaders yang bertanding.. Kita semua adalah pemenang.. tiada pengalah.. hihi.. walaupun baju tak ikut skema pertandingan, design tetap mantopp.. hihi well.. try again next year ok.. never give up!!

Tahniah buat pemenang first price.. baju you memang meletop! Tiga bulan tu nak siapkan baju pertandingan.. she deserve it! Cantik giler baju dia.. ternganga tengok baju cik adik kita ni. Boleh tiru design untuk baju raya tahun ni.. hihi

Sape-sape yang pergi sure sangat berpuas hati dengan dinner malam tu kan? Makan pun ok.. layanan pun ok.. lagi best sebab dapat jumpa ramai beaders n yang paling penting dapat tengok baju yang Rosita Jaafar jahit. So sorry sebab gambar kecik-kecik jer sebab actually tak boleh upload pun kat sini.. semua design hak milik FTIMdc. Kita curik-curik je amik gamba ni.. pastu sorry la gambar tak berapa clear.. ada yang blur sket.. tak reti pakai camera DSLR.. hentam ajelah..!

To Kak Nora, so happy to meet you that night. Kak Nora cantik sangat malam tu.. sampai tak kenal.. Baju pun cantik sangat.. nanti nak belek lagi :)

Kalau nak tengok gambar-gambar lain, boleh melawat FP saya ek.. http://butterfly82.fotopages.com

Friday, November 21, 2008

WIP - Green Forest

Tengah dok pulun nak siapkan baju hijau ni. Baju raya aritu actually. Masa raya dapat melaram manik kat tangan jer. Ni baru ada masa nak tambah kat part leher. Memang adat la.. tukang jahit memang tak sempat nak jahit baju sendiri masa raya, kan? :P Tunggu hasilnya next week k?

Tuesday, October 7, 2008

Simple Project

Manik Beriring 2 Layer

Manik Tocang
>