Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Sunday, September 18, 2011

Harga Upah

Salam,

Ada beberapa orang yang bertanya mengenai bagaimana cara untuk menentukan harga upah jahitan manik. Saya sebenarnya telah membincangkan topik ini pada entry bertarikh 28 Disember 2010. Go check this entry out if you want to know more about the tips. 


Sebenarnya harga upah untuk sesuatu design manik adalah bergantung pada anda sendiri. Tak perlu terikut-ikut dengan harga beaders lain. Mungkin anda akan terkejut jika mengetahui ada beaders yang meletakkan harga sehingga ribuan ringgit untuk sesuatu design sedangkan ada beaders lain yang menjahit design yang sama hanya menerima upah puluhan ringgit sahaja.

Jadi, tak perlulah jadi gelabah bila orang lain letak harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada anda, yang paling penting, upahnya haruslah berbaloi dengan kerja tangan dan penat lelah anda. Dan nasihat saya, jika ingin meletakkan harga yang tinggi, kualiti jahitan dan kualiti material yang anda gunakan haruslah dijaga. Pada masa yang sama, jangan letak harga yang terlalu rendah sampai anda kata "ala.. harga upah saya hanya balik modal je..." adoiii... penatnya bersengkang mata menyulam berbutir-butir manik siang dan malam, sampai sakit bahu, sakit belakang, sakit kepala dan rabun mata :)  

akhir kata
BERUSAHALAH!!!

...peace...

sig

5 comments:

AZLIN said...

saya buat pearl crumble pada lengan dan bawah baju. dan upah RM250 tapi customer complaint cakap mahal. adakah itu mmg mahal?? rupa crumble tu kat sini. http://ladyazlin.blogspot.com/2011/09/review-raya-2011-manik.html

LILLIES AND LAVENDAR said...

Betul tu Zai,,sy pun selalu nasihatkan my student or fren yg mengambil upah menjahit manik,,mmg ler harga di pasaran sebegitu ttp,, it is up to u to controll ur beading fees..tp jgn ler pulak caj terlalu rendah smpi terjadi persaingan yg sengit..dan selalu jaga kualiti kerja dan material...nak menjadi penjahit manik yg berkualiti sy nasihatkan silalah dan tolonglah pergi ikuti kelas2 manik sebelum mengambil upah..menjahit manik sesapa pun boleh tetapi teknik yg betul dan cara meletakkan harga dpt dipelajari dgn lebih tepat dan yakin...Tq for sharing the tips,Zai..mmmmuah

Anonymous said...

salam.. nak tanya bila lagi akan ada kelas? tq..

NorAzianHarun said...

thanks zai coz bagi tips pasal upah jahit manik ni...kakadang bila yan dah siap buat dan bagi harga yg yan inginkan macam ada satu rasa serba salah dlm meletakkan harga yg telah dihasilkan...nanti bila senang zai intai2 ler laman blog yan okey...

Anonymous said...

rasa-rasa ada x nak buat kelas beading kat ipoh...saya berminat la nak join...sy xpernah join mana2 kelas beading..cuma menjahit manik kerana minat & belajar melalui buku2 Rozita Jaafar yg saya beli je..

>