Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Showing posts with label Shimmering Flora. Show all posts
Showing posts with label Shimmering Flora. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Busana Aidilfitri 2011

Setelah sekian lama sepi tanpa update di blog ini, nahhh.. amik kau..!! ;)














sig

Monday, December 13, 2010

Simple Shimmering Flora untuk Bonda

Shimmering Flora yang simple untuk bonda tersayang. Kesian mak, dah lama tunggu bajunya dimanik oleh anak sendiri. Selama ni dia tengok je anak dia jahit manik untuk baju orang, baju sendiri katanya "nanti bila ko lapang, buat la baju mak, tapi siapkan dulu baju orang". Lepas tu, saya kata "kalau nak tunggu siap baju orang, alamatnya sampai tahun depan pun tak tentu lagi bila dapat buat baju mak". Oleh kerana itu, masa balik kampung baru ni, saya sempatkan jugak lah jahitkan design yang simple untuk mak saya. Simple tak simple jugak la kan.. ambil masa dalam 10 jam jugak. Kalau SF yang biasa, saya ambil masa dalam 20 jam untuk tangan sahaja. Oleh kerana tak banyak manik dan labuci yang dibawa balik kampung, saya gunakan warna yang ada saja. Nasib baik masuk pulak warnanya. Kalau nak bawak semua stok manik, penuh satu bonet :) 


sig

Wednesday, October 20, 2010

Shimmering Flora - Zai

Alhamdulillah... setelah sekian lama, siap jugak bajuku ini. Mula jahit baju ni sebelum Ramadhan lagi, tapi baru minggu lepas siap, itu pun sebab tak ada baju lain nak dipakai untuk satu majlis di hotel. Cepat-cepat siapkan 1 jam sebelum majlis. Itulah nasib si tukang jahit manik, baju sendiri selalu diketepikan dahulu untuk memberi laluan kepada pelanggan tersayang. Kali ni tak banyak warna saya gunakan untuk menghasilkan Shimmering Flora kali ini memandangkan warna yang ada pada baju hanyalah biru dan ungu. Bunga dan teknik yang saya gunakan adalah teknik sisik ikan (bunga ungu), bunga dahlia, bunga lily, baby lily, labuci bersayap, tiga serangkai dan satu kemestian dalam SF saya, hybrid sebagai pemanisnya :)

Terus lawati blog ini untuk lihat design Crumble Mumble yang terbaru (baju sendiri lagi)... harap tak ada yang jemu datang ke sini sebab tak habis-habis itulah design yang asyik muncul dalam blog saya ni.






sf_zai1


sf_zai2

sf_zai3

sig

Sunday, January 24, 2010

Shimmering Flora - Anita

Lama dah tak upload hasil jahitan terkini... malas pun ada... busy pun ada... at last hari ni saya rajin-rajinkan jugak tangan ni untuk upload beberapa hasil jahitan yang terkini. Entry yang ni, baju Puan Anita dari Sabah. Dia suka sangat dengan design Shimmering Flora. Dapat je baju ni saya pening kepala nak pakai warna apa yang nak bagi design nampal outstanding dan timbul. Alhamdulillah... inilah hasilnya. Saya gembira dengan hasilnya, begitu juga dengan tuan punya baju ni. Here is her sms bila baju dah sampai ke tangan.. "Salam Zai, saya dah terima baju itu, ia amat cantik n saya sangat suka. Kalau Zai terima tempahan pls inform me. Tkvm"

Buat masa ni tempahan manik masih lagi terpaksa saya tutup buat sementara waktu. Sekarang nak hujung bulan Januari. Ada 6 baju lagi yang masih dalam que. InsyaAllah saya akan siapkan A.S.A.P dan harap-harap kesihatan mengizinkan saya untuk terus menjahit manik. Maybe Mac nanti semua baju dah boleh siap dan saya nak concentrade buat preparation untuk wedding adik saya pulak bulan June nanti. Mid bulan May nanti dah nak deliver second baby. Tak prepare apa-apa pun untuk baby ni. Rasanya tak payah beli apa-apa sangat sebab barang n baju kakak dia still in good condition. Kalau boleh jimat tu, lagi elok kan?

So, tunggu esok pulak untuk next baju yang baru je saya siapkan tadi. See you soon..!! Thanks for visiting my blog.





Tuesday, October 27, 2009

Shimmering Flora - Kak Liza

Aduhai... macam mana la boleh termiss upload gambar ni before raya aritu... busy sangat gamaknya sampai terlupa ada beberapa gambar yang belum ter'upload' kat sini. Baju Kak Liza ni dah lama siap... baju raya.. so dah sebulan lebih terperap gambarnya ni kat dalam pc :P Ada lagi beberapa gambar lagi nak upload lepas ni.. tungguuuu



Wednesday, September 30, 2009

Shimmering Flora - Masyitah (Second Dress)



Sunday, September 27, 2009

Shimmering Flora - Masyitah



Saturday, September 26, 2009

Shimmering Flora - Yanie



Saturday, May 16, 2009

My Own Shimmering Flora.. dah siap dah..




Akhirnya siap gak baju ni.. nak pakai baju ni harini untuk wedding my x-housemate masa study kat MMU dulu.. Selamat Pengantin Baru Aneen!

Tuesday, April 21, 2009

W.I.P - My Own Baju

Wednesday, March 4, 2009

Shimmering Flora - Aida





At last... siap jugak Shimmering Flora ni. Pening kepala jugak nak cari color yang sesuai dengan baju ni. Baju ni colornya yellow striking n ada hijau-hijau sikit, so tak tau nak letak sequin color ape.. last2 ni la hasilnya... enjoyce!!

Saturday, February 7, 2009

My First Shimmering Flora

Lama tak upload kan? Dekat sebulan jugak dah. Entry yang sebelum-sebelum ni pun banyak yang tak berkenaan dengan beads pun. I really have to create another blog :) Well, entry kali ni... tadaaa..!! I'm back with beads and lots of sequince! Actually, before this I named this design as 'Garden of Fairies', tapi memandangkan I'm not the creator of this design, kena bagi kredit dekat creator design ni.. Kak Nora so, I will not change the name of this design.. 'Shimmering Flora'. Lima hari jugak nak jahit dua-dua tangan ni. Husna memang tak boleh tengok mama dia jahit manik. Bila I start pegang benang je, dia duduk atas baju yang nak jahit tu, tu yang lambat siap tu. Kalau betul-betul concentrate buat, maybe dalam 3 hari dah boleh siap. To Kak Nora, jangan gelak ek tengok Zai nyer Shimmering Flora ni.. Zai guna labuci yang ada je, tak sempat nak gi beli labuci baru..tu sebab color tak berapa nak matching. Kak Eita banyak tolong dalam design ni. Thank you Kak Eita! Kena pegi kelas Kak Nora jugak ni.. tapi bila ek? Si kecik tu bukan nak sangat dengan orang lain.

To all, enjoy reading this blog! More updates on beads later, tungguuuuu.. ada 5 baju lagi belum siap... huhu!
>