Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Saturday, October 20, 2012

Kelas Jahitan Manik November 2012 @ Shah Alam

Kelas Jahitan Manik Asas (20+ Teknik)
Tarikh: 2 November 2012 / 3 November 2012 (sila pilih satu tarikh sahaja)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran RM200 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)
:: Kelas ini sesuai untuk anda yang tidak ada pengalaman langsung atau '0 knowledge' mengenai manik. Saya akan berkongsi beberapa teknik asas yang perlu anda tahu sebelum menghasilkan jahitan/sulaman manik yang lebih 'advance'. Jika anda kreatif, dengan menggabungkan teknik-teknik asas sahaja, anda boleh menghasilkan jahitan/sulaman yang 'out of this world' chewah ;) ::


Kelas Jahitan Manik Shimmering Flora + 3D
Tarikh: 9 November 2012/ 10 November 2012 (sila pilih satu tarikh sahaja)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran RM200 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)
:: Design Shimmering Flora lebih kepada teknik membuat bunga labuci atau sequin. Shimmering Flora adalah design yang diasaskan oleh Puan Nora (lebih famous dengan Noramanik, you can also find her on facebook). Selain bunga-bunga labuci, saya juga akan menyelitkan beberapa lagi teknik lain yang boleh diaplikasikan dalam design Shimmering Flora. And yes..beginner pun boleh join.. tak ada masalah :) ::
 
Kelas Jahitan Manik Scattered Pearls + 3D
Tarikh: 16 November 2012 / 17 November 2012 (sila pilih satu tarikh sahaja)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran RM200 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)
:: Kelas ini sesuai untuk anda yang gemarkan design manik 'Crumble' yang diasaskan oleh Puan Umi PepariDsign (you can find her on facebook and her blog). Scattered Pearls adalah design manik yang banyak menggunakan glass pearls dan juga manik yang pelbagai saiz, disusun dalam susunan yang rawak dan boleh ditambah dengan acrylic stone, atau apa saja material yang anda rasa menarik. Dalam kelas ini juga saya akan kongsikan cara membuat 'cabochon' dan juga '3D ruffles'. Anda boleh menyertai kelas ini walaupun anda masih ditahap 'beginner' atau '0 knowledge' atau 'tak pernah pegang jarum dan manik langsung' :P since saya akan guide anda sampai anda faham...insyaAllah.. ::


*** Untuk makluman, buat masa ini, semua kelas yang saya adakan masih lagi di lokasi yang sama iaitu di Kemuncak Kondo, Seksyen 9 Shah Alam(alamat penuh akan saya sms pada yang telah confirm akan hadir)***

* SPECIAL PROMOTION
10% diskaun yuran untuk pelajar yang telah menyertai mana-mana kelas bersama saya dari tahun 2009 hingga 2012

Tempat:-
Kemuncak Kondo Shah Alam,
Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor.
DIRECTION:-
WHEN YOU FIND CONCORDE HOTEL SHAH ALAM ON YOUR RIGHT AT THE TRAFFIC LIGHT, TURN RIGHT. THEN, TURN LEFT ON THE FIRST JUNCTION. STRAIGHT ON UNTIL YOU FIND SMK & SK SEKSYEN 9 ON YOUR LEFT. KEMUNCAK KONDO IS NEXT TO THE SCHOOL.
Cara Mendaftar:-
1. Sila sms (pd no 0126772424) untuk mengetahui sama ada masih ada kekosongan kelas atau tidak terlebih dahulu, kemudian, jika saya telah memberi respon bahawa masih ada kekosongan untuk kelas tersebut, sila sms tarikh kelas, nama penuh, IC No(untuk sijil).
2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun MAYBANK 158060480861 (HUZAIMAH AHMAD) atau CIMB 08021264494528 (HUZAIMAH AHMAD). Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email (butterfly_beads@yahoo.com) atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas atau anda ingin menukar tarikh kelas pada saat2 akhir atau anda boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain.
3. Baki yuran hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas.
4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon/whatsaap 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (Zai ButterflyBeads).
5. Kelas akan dibatalkan jika penyertaan kurang daripada 3 peserta. Deposit akan dikembalikan dalam masa 24 jam jika kelas dibatalkan. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda yang ingin membatalkan penyertaan di saat2 akhir.
*Special Note - Saya juga ada menjual sequin, glass beads dan glass pearls, 10% diskaun diberi untuk semua student. Idea untuk combination warna adalah percuma, so tak perlu pening kepala lagi nak pilih color apa untuk manik baju anda ;)
 
sig

No comments:

>