Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Wednesday, September 19, 2012

Kelas Jahitan Manik @ Shah Alam: Oktober 2012

Assalamualaikum
Ribuan ampun dan maaf kerana terlalu lama menyepi... tiada entry mengenai hasil kerjatangan terbaru...tiada entry mengenai update tarikh kelas... Sebenarnya tangan ini masih lagi bergerak aktif menjahit manik... cuma sepanjang Ramadhan dan Syawal, agak slow sikit pergerakannya :) (the lazy me... :( )
So Syawal pun dah berlalu...tibalah masa bergerak dengan lebih laju... cukup-cukuplah makan lemang, nasi himpit, rendang, kuah kacang, kuih muih dan bermacam-macam lagi makanan yang masuk dalam perut ni sepanjang raya... nak kembali concentrate jahit manik dan berkongsi ilmu yang ada untuk peminat-peminat jahitan/sulaman manik pulak.
Ramai yang bertanya "Bila Zai nak buat kelas?" dan jawapan saya "Kelas akan mula bulan Oktober tapi tarikh belum confirm, once dah confirm tarikh nanti Zai bagitau ye.." So, insyaAllah pada sesiapa yang tertanya-tanya bila Puan ButterflyBeads ni nak buat kelas... berikut adalah tarikh dan jadual untuk kelas jahitan/sulaman manik sepanjang bulan Oktober 2012.

*Note: sila baca entry ini sampai habis jika anda berminat untuk menyertai kelas bersama saya.. thanx ;)
Kelas Jahitan Manik Asas (20+ Teknik)
Tarikh: 5 Oktober 2012 / 6 Oktober 2012 (sila pilih satu tarikh sahaja)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran RM200 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)
:: Kelas ini sesuai untuk anda yang tidak ada pengalaman langsung atau '0 knowledge' mengenai manik. Saya akan berkongsi beberapa teknik asas yang perlu anda tahu sebelum menghasilkan jahitan/sulaman manik yang lebih 'advance'. Jika anda kreatif, dengan menggabungkan teknik-teknik asas sahaja, anda boleh menghasilkan jahitan/sulaman yang 'out of this world' chewah ;) :: 

Kelas Jahitan Manik Scattered Pearls + 3D
Tarikh: 12 Okt. 2012 / 13 Okt. 2012 / 14 Okt. 2012 (sila pilih satu tarikh sahaja)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang 
Yuran RM200 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)
:: Kelas ini sesuai untuk anda yang gemarkan design manik 'Crumble' yang diasaskan oleh Puan Umi PepariDsign (you can find her on facebook and her blog). Scattered Pearls adalah design manik yang banyak menggunakan glass pearls dan juga manik yang pelbagai saiz, disusun dalam susunan yang rawak dan boleh ditambah dengan acrylic stone, atau apa saja material yang anda rasa menarik. Dalam kelas ini juga saya akan kongsikan cara membuat 'cabochon' dan juga '3D ruffles'. Anda boleh menyertai kelas ini walaupun anda masih ditahap 'beginner' atau '0 knowledge' atau 'tak pernah pegang jarum dan manik langsung' :P since saya akan guide anda sampai anda faham...insyaAllah.. ::

Kelas Jahitan Manik Shimmering Flora + 3D
Tarikh: 19 Okt 2012/ 20 Okt 2012 (sila pilih satu tarikh sahaja)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran RM200 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)
:: Design Shimmering Flora lebih kepada teknik membuat bunga labuci atau sequin. Shimmering Flora adalah design yang diasaskan oleh Puan Nora (lebih famous dengan Noramanik, you can also find her on facebook). Selain bunga-bunga labuci, saya juga akan menyelitkan beberapa lagi teknik lain yang boleh diaplikasikan dalam design Shimmering Flora. And yes..beginner pun boleh join.. tak ada masalah :) ::

*** Untuk makluman, buat masa ini, semua kelas yang saya adakan masih lagi di lokasi yang sama iaitu di Kemuncak Kondo, Seksyen 9 Shah Alam(alamat penuh akan saya sms pada yang telah confirm akan hadir)***

* SPECIAL PROMOTION
10% diskaun yuran untuk pelajar yang telah menyertai mana-mana kelas bersama saya dari tahun 2009 hingga 2012

Tempat:-
Kemuncak Kondo Shah Alam,
Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor.
DIRECTION:-
WHEN YOU FIND CONCORDE HOTEL SHAH ALAM ON YOUR RIGHT AT THE TRAFFIC LIGHT, TURN RIGHT. THEN, TURN LEFT ON THE FIRST JUNCTION. STRAIGHT ON UNTIL YOU FIND SMK & SK SEKSYEN 9 ON YOUR LEFT. KEMUNCAK KONDO IS NEXT TO THE SCHOOL.
Cara Mendaftar:-
1. Sila sms (pd no 0126772424) untuk mengetahui sama ada masih ada kekosongan kelas atau tidak terlebih dahulu, kemudian, jika saya telah memberi respon bahawa masih ada kekosongan untuk kelas tersebut, sila sms tarikh kelas, nama penuh, IC No(untuk sijil).
2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun MAYBANK 158060480861 (HUZAIMAH AHMAD) atau CIMB 08021264494528 (HUZAIMAH AHMAD). Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email (butterfly_beads@yahoo.com) atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas atau anda ingin menukar tarikh kelas pada saat2 akhir atau anda boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain.
3. Baki yuran hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas.
4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (Zai ButterflyBeads).
5. Kelas akan dibatalkan jika penyertaan kurang daripada 3 peserta. Deposit akan dikembalikan dalam masa 24 jam jika kelas dibatalkan. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda yang ingin membatalkan penyertaan di saat2 akhir. 
*Special Note - Saya juga ada menjual sequin, glass beads dan glass pearls, 10% diskaun diberi untuk semua student. Idea untuk combination warna adalah percuma, so tak perlu pening kepala lagi nak pilih color apa untuk manik baju anda ;)
dan seterusnya, entry ini juga sekaligus ingin menjawab soalan2 (frequently asked questions) dari korang-korang semua...

soalan pertama: Kat mana Zai selalu buat kelas?
jawapan: Buat masa ini, kelas masih kekal di lokasi yang sama, di Kemuncak Kondo, Seksyen 9 Shah Alam. Alamat penuh akan saya sms kemudian. Mungkin ada yang kurang selesa jika saya buat kelas di rumah, so insyaAllah saya akan cuba mencari tempat yang lebih selesa dan lebih sesuai secepat mungkin. Jadi, jika ada pertukaran lokasi kelas, akan saya maklumkan asap. Untuk yang berada jauh dari Shah Alam atau negeri-negeri lain, insyaAllah saya akan cuba sampai di tempat2 anda jika ada sambutan :)

soalan kedua: Saya tak pernah jahit manik, pegang jarum pun saya tak pernah.. boleh ke saya join kelas puan?
jawapan: Boleh... insyaAllah saya akan guide semua student saya equally sampai faham... ramai student2 saya yang sebelum ini 0 knowledge pasal manik still boleh catch up apa yang saya ajar dan boleh jahit manik dan terus ambil tempahan... yang penting, minat mesti ada... n practise.. practise.. practise!

soalan ketiga: Perlu bawa apa-apa jika ingin join kelas puan?
jawapan: Tak perlu bawa apa-apa.. tapi, kalau perlu, boleh bawa buku nota, pen, camera dan baju yang anda ingin manikkan. So, selepas kelas atau bila-bila ada masa terluang saya akan cuba tolong suggest kan design dan warna manik yang sesuai. (budget mcm pakar sangat.. insyaAllah.. saya cuba tolong berdasarkan pengalaman saya.. :))

soalan keempat: Berapa orang dalam satu kelas?
jawapan: Oleh kerana tempat tidak mengizinkan... satu kelas hanya dapat memuatkan 6-8 orang student dalam satu-satu masa. Lagipun, tak best kan kalau ramai-ramai dalam kelas... kalau kurang drpd 10 orang, saya boleh guide setiap student secara adil dan saksama... tapi semua bergantung juga pada penerimaan masing-masing... :)

soalan kelima: Kelas Scattered Pearls sama ke dengan kelas Crumble?
jawapan: Basically, design Scattered Pearls adalah sama dengan design Crumble, tapi mungkin teknik saya berlainan dengan beaders2 lain yang juga membuat kelas Crumble atau yang sewaktu dengannya. Saya menggunakan nama design Scattered Pearls sebenarnya sebagai menghormati si empunya design Crumble (Puan Umi PepariDsign). Dan saya tidak menghalang, malah menggalakkan student2 saya jika ingin mempelajari teknik Crumble PepariDsign daripada beliau sendiri kerana saya juga adalah salah seorang bekas pelajar beliau. Kata 'sharing is caring' ;)

Okbai... ;)  

sig

2 comments:

Unknown said...

Sy mula minat sulam manik lps jumpa blog ni!!!
ohsem!!
teringin nak join kelas akak...

Anonymous said...

try call n sms tp x berjwb.. pls call blk 012-3093425

>