Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Saturday, October 17, 2009

Sorry...

Salam pada semua pengunjung blog saya yang tak seberapanya ini... terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua pada saya. Alhamdulillah... akhir-akhir ini, tak putus-putus email, sms, call dan tak kurang juga message di blog ini yang saya terima. Ada yang tanya pasal harga, ada yang mintak tips, ada yang mintak buat kelas dan macam-macam lagi. Alhamdulillah... ramai jugak peminat saya rupenye... chewwaahh! Thank you so much!!! ;)

Saya akan cuma sebaik mungkin untuk membalas semua message, sms, dan email anda secepat mungkin. Jika ada antara anda yang saya tak reply sms, email atau message, sorry sangat-sangat. Mungkin saya nak reply, tapi tertangguh, lepas tu lupa terus nak reply... ampun banyak-banyak ye... lepas ni insyaAllah saya try reply secepat mungkin.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengumumkan tempahan manik terpaksa saya tutup buat sementara waktu atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan dan juga ketiadaan ruang masa untuk saya menyiapkan tempahan anda dalam waktu terdekat ni. Pada pelanggan yang sudah menghantar baju pada saya, insyaAllah saya akan siapkan tempahan anda secepat mungkin, first come first serve basis :) Janji tetap saya kotakan!

Ramai juga yang request untuk saya buat kelas. Memang teringin jugak nak ajar orang jahit manik, tapi saya belum bersedia lagi dalam waktu terdekat ni. Kalau ada yang nak belajar manik, boleh tanya sifu saya, Kak NoraManik (http://noramanik.fotopages.com). Kalau tak silap, kelas yang akan datang adalah pada 31 Oktober ni, tapi dah full house, so kena tunggu next class maybe dalam bulan November.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi atas sokongan dan anda semua. Jika ada yang berhajat nak mem'bling2'kan baju anda, boleh request rakan-rakan beaders saya yang ada saya link kan kat sebelah ni. They rock the beading world too! Last but not least, I Love You All ;)

Wassalam...

4 comments:

LiTtLe m3 said...

huwaaaaaaaaaa..... tak sempat antar baju :(( x per la zai.. yg penting jaga kesihatan elok2 ye... husna nk dpt adik ek? :D

zai said...

Sian ko.. nanti len kali anto cepat2.. insyaAllah May 2010 nanti next baby kuar la.. :)

Fasiha said...

salam Zai... katne nk beli manik online? thanks :)

zai said...

Kalau nk beli manik online kat http://zaimanik.fotopages.com bagus service akak ni.. cepat sampai! murah lak tu :)

>