Assalamualaikum
Lama betul rasanya saya tak update blog... tak update design2 manik terkini... tak buat kelas jahitan manik... actually sepanjang bulan Februari, ada sedikit masalah kesihatan, hujung minggu pula sibuk dengan urusan-urusan lain yang menghalang saya untuk mengadakan kelas. Harap maaf pada yang menunggu untuk menghadiri kelas jahitan manik bersama ButterflyBeads.
InsyaAllah, bulan Mac ini akan ada beberapa kelas jahitan manik yang akan saya adakan. Saya akan update mengenai jadual kelas pada entry yang akan datang.
Untuk entry kali ini, saya nak share tentang kedai manik yang menjadi pilihan saya. Sebelum ini saya pernah share topik yang sama pada tahun 2010 di entry ini. Jadi, sebagai update, berikut adalah beberapa kedai yang sering menjadi pilihan saya untuk membeli manik.
Lovely Bead
012-390 5336
Lot 2.81, 2nd Floor, Pertama Complex, Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia
(kedai ini menjadi pilihan utama sebab senang sangat nak dapatkan bekalan manik yang pelbagai di sini. semua yang anda perlukan untuk beading, insyaAllah ada di sini)
Bunga Reben
Located @ Jalan Tunku Abdul Rahman KL
CT Handycraft
Located @ Seksyen 18, Shah Alam
GM Plaza
Lorong Haji Taib (KL) & Bukit Tinggi (Kelang)
Sekarang saya jarang beli manik secara online, bukan tak ada kedai manik online lagi dan bukan tak ada kedai online yang bagus, tetapi saya lebih selesa membeli manik yang saya boleh pegang dan belek sendiri.
Lain kedai, lain harga dan kualiti manik/labuci nya, so terpulang pada anda
untuk menilai, tapi memang kedai2 yang saya senaraikan di atas yang
TERBAIK!
,
3 comments:
Assalam..kat pertama kompleks de x jual manik besar skt utk buat bakul telur..tq
tq share
Nice information. Watch sims 4 news channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite The Sims 4 streamers!
Post a Comment