Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Tuesday, June 29, 2010

Crumble Mumble Tips

Salam semua!!

Rindunya nak update blog... rasa nak update je blog ni tiap-tiap hari, tapi apa yang nak diupdatekan... jahit manik pun tidak... bekas manik, jarum manik, segalanya berkenaan manik dah disimpan dalam stor... but not for long... 44 hari je... pantang pun dah nak habis.. tinggal lagi 3 hari, so lepas ni tak menang tangan balik lah dengan tempahan manik yang tak sudah-sudah... (cehh.. ramai sangat ke yang nak tempah kat awak tu Zai oi.. :P) tapi alhamdulillah, memang ada saja yang berminat nak hantar baju untuk dibling-blingkan.. dah bagitau banyak kali kat blog, kat facebook, yang tempahan dah ditutup pun masih lagi ada yang bertanya boleh ke nak hantar baju lagi...? Itu tandanya ada juga peminat beadwork saya... :) Terima kasih... pada yang bertanya, maaf jika saya tidak membalas sms atau email anda, mungkin saya terlepas pandang atau langsung terlupa untuk menjawab pertanyaan anda... Sorry.. (ketuk kepala sendiri 15 kali.. hehe)

Sementara menunggu 3 hari lagi ni, rasa nak share something kat sini. Nak share knowledge pasal design crumble mumble sebab ramai yang bertanya tips dan cara jahitan design yang tengah hot ni. Bukan nak kata saya ni pakar sangat dalam design ni, cuma nak kongsi apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman setahun jagung saya... design ni pun bukan saya penciptanya... Umi Pepari Design yang empunya design... God knows how talented she is... terima kasih Umi sebab mencipta design yang kreatif dan indah ini...

Ramai yang minta saya buat nota untuk design ni dan ada juga yang minta saya buat online tutorial, bukan tak nak atau malas, tapi saya rasa design Crumble Mumble ni susah nak difahami jika diterangkan dalam email atau dari tulisan sahaja, macam mana pun kena ada guru di depan mata, baru menjadi dan baru senang nak faham. So, kali ni, saya bukan nak ajar macam mana nak jahit, just nak share macam mana nak dapatkan jahitan Crumble Mumble yang cantik dan kemas. Mungkin ada yang dah tau, so pada yang dah tau tu just ignore je la entry saya ni :)

1. Gunakan benang yang sama warna dengan warna kain supaya jahitan anda nampak lebih kemas dan jika dilihat dari belakang jahitan, tak lah kusut masai dengan benang yang bersimpang siur :)

2. Pelbagaikan saiz beads dan pearl yang anda gunakan... glass pearl dari saiz 6mm ke 3mm, dan juga glass beads, dari saiz yang paling besar ke paling kecil. Pelbagaikan juga bentuk manik, ada bulat, ada bicone, ada empat segi, ada bujur...

3. Gunakan kristal, glass pearl dan beads yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan kualiti jahitan yang lebih cantik, lagi shining gitu! Kristal Swarovski adalah yang terbaik untuk kristal.

4. Tak perlu terlalu menyusun pearls dan beads mengikut susunan sangat, Crumble Mumble adalah teknik manik tabur.. biarkan ia berterabur :)

5. Untuk warna, gunakan semua warna yang ada pada baju, naikkan warna yang paling sedikit pada baju untuk menaikkan seri baju.

6. Latihan adalah penting untuk menjahit design ni, lagi banyak jahit, anda akan tahu kelemahan dan kekurangan jahitan anda.

Rasanya itu je yang dapat saya kongsi kali ni, insyaAllah kalau ada tips lagi, saya share lagi ye! Selamat mencuba!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Love Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
sig

Monday, May 24, 2010

What Keeps Me Away From Beading?

Alhamdulillah... pada 19 Mei 2010 tepat jam 5.56 pagi, saya telah selamat melahirkan puteri kami yang kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bayi seberat 2.77 kg dilahirkan secara normal. Pertama kali saya mengalami pengalaman melahirkan anak secara normal sebab puteri sulung kami terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana kurang air. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kelahiran kali ini... start sakit jam 7 pm, jam 9 pm tiba di hospital, jam 11 pm sakit makin kuat, jam 4 am masuk labour room, jam 5.56 am selamat melahirkan...

Semoga mama n baby sihat2 sahaja dalam tempoh berpantang dan insyaAllah akan kembali mem'beading' sebelum Aidilfitri 2010. See you soon...!! ;)





*Buat yang kesekian kalinya, saya ingin wawarkan bahawa tempahan manik untuk Aidilfitri 2010 telah ditutup. Tiada tempahan akan diterima sehingga bulan Oktober 2010. Begitu juga dengan Kelas Crumble, kemungkinan besar akan bermula selepas bulan Oktober 2010. Harap maklum... adios.. ;)

Monday, May 17, 2010

Baby Crumble

Hari ni sepatutnya saya bersalin tapi rasa macam bukan hari ni. Bosan jugak ye menunggu hari nak bersalin ni... seram pun ada... moga-moga Allah permudahkan proses bersalin kali ni... Amin...
Sementara menunggu actual baby keluar, nah.. saya persembahkan Baby Crumble ;) Enjoyce!








Thursday, May 6, 2010

Crumble Mumble - Mariati












Kelas Crumble Mumble -8 May 2010

Salam semua beads lover!! Oleh kerana ramai yang mintak saya buat satu lagi kelas Crumble Mumble minggu ni, satu lagi kelas Crumble Mumble yang terakhir sebelum saya bersalin :) akan diadakan pada 8 May 2010 ini di tempat dan waktu yang berikut:-

Tarikh: 8 May 2010 (Sabtu)
Tempat: CHOSEN ONE MANAGEMENT(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8, sebelah Klinik pergigian Zahida), 24B, JALAN LIKU B 8/B, SEKSYEN 8, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang
Modul: Teknik Menjahit dan Menyusun Design Crumble Mumble & Tips Warna
Peserta: 10 orang
Tenaga Pengajar: 1 orang
Bayaran: RM180 sahaja

*Ada Sijil dan Cabutan Bertuah!
*Makan Tengah Hari dan Minum Petang disediakan
*Peralatan menjahit disediakan, anda cuma perlu bawa buku nota dan pen sahaja :)

Cara Pendaftaran:-
1. Sila emailkan/sms butir diri anda seperti nama, IC No(untuk sijil), alamat dan nombor telefon kepada saya (butterfly_beads@yahoo.com).

2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun Maybank 158060480861 Huzaimah Ahmad. Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas.

3. Baki yuran sebanyak RM80 hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas pada 8 May 2010.

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (search Zai Ahmad).

Rugi tak join kelas crumble kali ni sebab kalau nak tunggu kelas akan datang, mungkin lepas raya baru akan ada lagi. Kalau dah belajar design crumble sebelum bulan Ramadhan ni, dah boleh ambil tempahan untuk raya nanti! ;)
>