Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Tuesday, May 31, 2011

Kelas Jahitan Manik Scattered Pearls a.k.a Crumble - 11 Jun 2011 (Sabtu) @ Shah Alam

Salam, atas permintaan, saya akan mengadakan Kelas Scattered Pearls a.k.a Crumble pada 11 Jun 2011 ini di Seksyen 9 Shah Alam. Sila daftar segera jika berminat :)


Keterangan Kelas:-

Tarikh: 11 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Kemuncak Kondo Seksyen 9 Shah Alam
Yuran: RM190

*Semua kelengkapan jahitan akan disediakan
*Sijil Penyertaan akan diberikan
*Yuran termasuk makan tengah hari & minum petang

@->-Kelas ini sangat sesuai untuk anda yang masih baru ingin berjinak-jinak dalam dunia manik kerana anda akan mempelajari JENIS-JENIS MANIK, LABUCI & KRISTAL, TEKNIK GABUNGAN WARNA, TEKNIK JAHITAN ASAS & LANJUTAN SCATTERED PEARLS serta 5 TEKNIK JAHITAN ASAS LAIN YANG BOLEH DIAPLIKASI PADA DESIGN SCATTERED PEARLS. Bagi anda yang sudah mahir juga boleh turut serta jika masih tertanya-tanya teknik yang paling mudah dan CANTIK untuk menjahit teknik Scattered Pearls atau Crumble-<-@
Cara Pendaftaran:-
1. Sila sms/e-mail untuk mengetahui sama ada masih ada kekosongan kelas atau tidak terlebih dahulu kemudian, jika saya telah memberi respon bahawa masih ada kekosongan untuk kelas tersebut, sila emailkan/sms butir diri anda seperti nama, IC No(untuk sijil), dan nombor telefon kepada saya (butterfly_beads@yahoo.com).

2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50 hendaklah dibayar ke akaun MAYBANK 158060480861 (HUZAIMAH AHMAD) atau CIMB 08021264494528 (HUZAIMAH AHMAD). Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email (butterfly_beads@yahoo.com) atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas atau anda boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain.

3. Baki yuran sebanyak RM140 hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas pada 11 Jun 2011.

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (search Zai ButterflyBeads).

sig

Thursday, May 5, 2011

Featured Beader of The Month - PepariDsign

Well, how do i begin... I think here's how...


Gorgeous kan? Sape yang kata tak gorgeous maybe kena cek balik mata anda sebab hasil kerjatangan Puan Pepari inilah yang menjadi inspirasi saya untuk terus menghasilkan beadwork yang semahu boleh secantik hasil kerjatangan beliau.

Saya rasa semua beaders kat Malaysia ni hatta satu dunia pun mesti kenal dengan tuan punya hasil kerjatangan di atas (puji lebih ni... kena belanja la lepas ni ye Umi.. hihi)
Well, betul apa... mana taknya, beliau adalah orang yang pertama memperkenalkan design yang meletop tu.. 'CRUMBLE'...
Bukan setakat Crumble sahaja.. malah banyak lagi hasil kerjatangan beliau yang boleh buat saya termimpi-mimpi. Kalau tak percaya, sila layari laman blog, fotopages dan facebook beliau...

Actually, seperti Featured Beader of The Month sebelum ini, terlalu banyak sebab kenapa saya memilih Puan Umi PepariDsign sebagai Featured Beader. Terlalu banyak!!! But i guess semua orang pun akan faham kenapa saya memilih beliau sebagai Featured Beader kali ini.

Antara beadwork beliau yang terbaru... cute kan Butterflies tu?

Design ini yang buat saya termimpi-mimpi :) Color combination dia... maveles!!!

Oh ya! Did I told you that she's on her way to be a mother soon? Tapi, sejak mengandung ni, makin cergas dan semakin jauh langkahnya. Merata-rata buat kelas Crumble... minggu ini dengarnya beliau akan ke Utara, minggu seterusnya pula akan ke Sarawak. Caiyok my friend!!! Yang penting, jaga diri and jaga baby dalam perut tu :)
So, kalau ada yang minat nak jahit manik, tapi tak confident dengan diri sendiri, maybe boleh join kelas beliau. Tak rugi u alls..!! Mana saya tau? Sebab saya pun pernah menjadi anak murid beliau back in 2010 :)

Me with Umi (masa MBS Birthday Bash Gathering)


To Umi, thank you so much for insipiring me, thank you for things you've thought me, take good care of yourself (n the lil one),  and keep INSPIRING..!!

sig

Tuesday, May 3, 2011

Rosetta for Maria

Salam...
Untuk busana kali ini, saya ingin lari daripada kebiasaan. Tidak hanya menggunakan manik dan labuci, saya juga menggunakan kain organza untuk membentuk bunga lollipop, ditambah dengan batu-batuan swarosvki sebagai penyeri. 
 




Sila tinggalkan komen dan pendapat anda mengenai design terbaru ini. Terima kasih... :)

sig
>