Salam... maaf sebab Zai lama menyepi... dalam 2-3 minggu ni rasa malas sangat nak online.. ditambah lagi dengan line internet yang tak menentu, dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan... hari ni Zai kuatkan jugak semangat untuk menulis sesuatu dalam blog ni. Maybe ada yang belum tahu yang Zai tengah sarat mengandung sekarang. Dah 36 minggu.. alhamdulillah.. buat masa ni mummy n baby sihat2 sahaja.. tak ada problem apa2.. cuma sakit malas je yang melanda.. lebih2 lagi nak jahit manik.. memang sangat malas sebab bila duduk dalam sejam je.. kena berhenti sebab sakit belakang.. then kenalah baring sebab nak hilangkan sakit belakang tu... lepas tu, faham2 je la.. bila dah terbaring... mata pun sedap je rasa nak tidur... alahai.. kalau macam tu bila la nak siap baju customer...?
At this moment Zai tengah siapkan baju Kak Mariati.. beliau request design Crumble di tangan dan leher. InsyaAllah.. by this week dah boleh siap dan Isnin nanti dah boleh pos pada tuan punya baju. Sorry ye Kak Mariati, lama tunggu baju akak.. hopefully akak sabar n puas hati dengan jahitan Zai nanti.
Ada juga beberapa beads lover yang request Zai buat kelas Crumble Mumble lagi. Hasrat di hati memang nak sangat buat kelas Crumble lagi before bersalin, tapi dengan keadaan perut yang tak berapa mengizinkan.. terpaksa Zai batalkan hasrat tu. Tapi, insyaAllah 1 May 2010 ni Zai akan cuba adakan satu lagi kelas Crumble Mumble.. itupun kalau ada sambutan.. kalau ada lebih 5 orang yang nak join kelas ni, insyaAllah Zai akan buat jugak kelas Crumble sebelum bersalin ni.
So, kalau ada yang interested nak join, sila SMS atau comment je post entry Zai ni bagitau nak join kelas Crumble on 1 May nanti. Oh ya, kali ni Zai hanya ajar design Crumble Mumble sahaja.. kelas gabungan SF + Crumble maybe akan start lepas Zai habis pantang :) Yuran untuk kelas Crumble Mumble ni hanya RM180 termasuk peralatan menjahit, makan & minum. Venue kelas, kat Shah Alam.. kalau confirm kelas ni nanti Zai akan bagi details lebih lanjut ye..
Ada satu baju Zai belum upload lagi kat sini.. design Crumble Mumble lagi.. insyaAllah esok Zai upload.. so, jumpa lagi di lain entry.. Salam..
Hello Bead Lovers!!!
I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.
Thank you... ^.^
I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.
Thank you... ^.^
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment