Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Monday, April 26, 2010

Kelas Crumble Mumble - 1 May 2010 & 2 May 2010

Ada yang nak join kelas crumble hari ahad tak? Kalau ada yang tak free hari sabtu, boleh datang kelas hari ahad, tapi untuk student yang dah confirm hari sabtu, tak leh tukar ye sayang.. :) kalau ada lebih 3 orang yang nak join kelas hari ahad, saya akan buat jugak hari ahad ni. so far, baru sorang yang nak join hari ahad. please sms me asap kalau nak join ek.. thanks! (sorry for the late info)


Tarikh: 1 May 2010 (Sabtu)
Tempat: CHOSEN ONE MANAGEMENT(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8, sebelah Klinik pergigian Zahida), 24B, JALAN LIKU B 8/B, SEKSYEN 8, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang
Modul: Teknik Menjahit dan Menyusun Design Crumble Mumble & Tips Warna
Peserta: 10 orang
Tenaga Pengajar: 1 orang
Bayaran: RM180 sahaja

*Ada Sijil dan Cabutan Bertuah!
*Makan Tengah Hari dan Minum Petang disediakan
*Peralatan menjahit disediakan, anda cuma perlu bawa buku nota dan pen sahaja :)

Cara Pendaftaran:-
1. Sila emailkan/sms butir diri anda seperti nama, IC No(untuk sijil), alamat dan nombor telefon kepada saya (butterfly_beads@yahoo.com).

2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun Maybank 158060480861 Huzaimah Ahmad. Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas.

3. Baki yuran sebanyak RM80 hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas pada 1 May 2010.

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (search Zai Ahmad).


Rugi tak join kelas crumble kali ni sebab kalau nak tunggu kelas akan datang, mungkin lepas raya baru akan ada lagi. Kalau dah belajar design crumble sebelum bulan Ramadhan ni, dah boleh ambil tempahan untuk raya nanti! ;)

Confirmed Student:-

(Sabtu, 1 May 2010)
1. Siti Noor (Ampang)
2. Naziha Omar (Shah Alam)
3. Ariza (Kuantan, Pahang)
4. Noorilah (Subang)
5. Siti Farhana (Pantai Dalam)
6. Surlia (Pasir Gudang, Johor)

(Ahad, 2 May 2010)

1. Hasnah

2. Jamilah

3. Nor Faridah

4. Che Harison

5. Kak Elly

6. Kak Nor Faridah's friend

Wednesday, April 21, 2010

Crumble Mumble - Puan Zainab

Alhamdulillah... sempat jugak upload hasil jahitan yang dah siap almost 3 minggu dah.. tuan punya baju dah pakai pun masa kenduri kahwin puteri tersayang 4 April 2010 yang lalu. Enjoyce the pictures!!




Tempahan manik untuk bulan April hingga Aidilfitri 2010 telah ditutup buat sementara waktu. InsyaAllah Zai akan mula mengambil tempahan semula selepas Aidilfitri 2010. Harap maklum :)

Tuesday, April 20, 2010

Kelas Crumble Mumble

Salam... maaf sebab Zai lama menyepi... dalam 2-3 minggu ni rasa malas sangat nak online.. ditambah lagi dengan line internet yang tak menentu, dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan... hari ni Zai kuatkan jugak semangat untuk menulis sesuatu dalam blog ni. Maybe ada yang belum tahu yang Zai tengah sarat mengandung sekarang. Dah 36 minggu.. alhamdulillah.. buat masa ni mummy n baby sihat2 sahaja.. tak ada problem apa2.. cuma sakit malas je yang melanda.. lebih2 lagi nak jahit manik.. memang sangat malas sebab bila duduk dalam sejam je.. kena berhenti sebab sakit belakang.. then kenalah baring sebab nak hilangkan sakit belakang tu... lepas tu, faham2 je la.. bila dah terbaring... mata pun sedap je rasa nak tidur... alahai.. kalau macam tu bila la nak siap baju customer...?

At this moment Zai tengah siapkan baju Kak Mariati.. beliau request design Crumble di tangan dan leher. InsyaAllah.. by this week dah boleh siap dan Isnin nanti dah boleh pos pada tuan punya baju. Sorry ye Kak Mariati, lama tunggu baju akak.. hopefully akak sabar n puas hati dengan jahitan Zai nanti.

Ada juga beberapa beads lover yang request Zai buat kelas Crumble Mumble lagi. Hasrat di hati memang nak sangat buat kelas Crumble lagi before bersalin, tapi dengan keadaan perut yang tak berapa mengizinkan.. terpaksa Zai batalkan hasrat tu. Tapi, insyaAllah 1 May 2010 ni Zai akan cuba adakan satu lagi kelas Crumble Mumble.. itupun kalau ada sambutan.. kalau ada lebih 5 orang yang nak join kelas ni, insyaAllah Zai akan buat jugak kelas Crumble sebelum bersalin ni.
So, kalau ada yang interested nak join, sila SMS atau comment je post entry Zai ni bagitau nak join kelas Crumble on 1 May nanti. Oh ya, kali ni Zai hanya ajar design Crumble Mumble sahaja.. kelas gabungan SF + Crumble maybe akan start lepas Zai habis pantang :) Yuran untuk kelas Crumble Mumble ni hanya RM180 termasuk peralatan menjahit, makan & minum. Venue kelas, kat Shah Alam.. kalau confirm kelas ni nanti Zai akan bagi details lebih lanjut ye..

Ada satu baju Zai belum upload lagi kat sini.. design Crumble Mumble lagi.. insyaAllah esok Zai upload.. so, jumpa lagi di lain entry.. Salam..
>