Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Tuesday, December 28, 2010

Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Salam ladies and gents ;)

Kali ni saja nak share pasal 'cara untuk anda menentukan harga upah jahit manik'. Mungkin ada yang dah tahu pasal teknik yang akan saya share ni, so kalau dah sila abaikan entry ini. Kalau rasa tak releven cara saya ni, sila abaikan juga entry ni, terima kasih.

Saya dapat tahu cara ni pun dari sifu manik Rosita Jaafar masa saya attend Bengkel Gabungan Warna & Melakar Corak yang diadakan oleh beliau a few months ago (ke last year.. x ingat dah :P). Tapi ada juga beberapa perkara yang saya pandai-pandai tambah :P So, here it goes...

Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-         
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%.

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. Tapi, yang paling penting sekali, pastikan anda menjaga kualiti jahitan anda, gunakan material yang berkualiti dan siapkan baju pada waktu yang dijanjikan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni..) :)

Happy beading everyone!!


sig

21 comments:

halizda said...

tq2 share ilmu yg sgt berguna. saya mmg selalu pening kepala tak tahu harga. kdg bile dah letak rs mcm mahal sgt. tak sampai hati.. tue blm banding dengan harga org lain punya.

Anonymous said...

tq..info yang sangat berguna

Anonymous said...

tp ada sesetengah org tau nk komen harga mahal...padahal mereka tk tau betapa rumit+kos bahan2 jahitan bukannya murah.. tp tu la, tk semua org punyai mentaliti menerima harga yg ditawarkan mcm zai tulis.. kdg2 faktor kwsn pn menjadi sebab harga yg ditetapkan berbeza2.. mcm rate di KL blh kt letak tinggi..tp klu kwsn yg jauh sket..hatta hanya brhampiran KL pn rate harga dh jatuh... wallahu'alam..

p/s: sudahnya suruh mereka jahit sendiri..tk pn org yg menjahit manik kene amk masa utk jelaskan justifikasi kenapa harga sedimikian rupa..heheh.. TQ

AnnurA said...

best!! tq kak zai!

zai said...

halizda - welcome.. zai pun sama gak.. bila ltk harga tinggi, rasa x sampai hati. tp bila pk jerit payah jahit manik, keraskan hati jugak sbb ni la kerja tetap zai :)

zai said...

anonymous - welcome dear..

JS - kalau faktor kawasan yang menjadi masalah, maybe cuba jangan ambil tempahan dr orang dekat2. jahit cantik2, ambil gambar cantik2 n letak dalam blog atau fb. bila customer tgk n berkenan, x kira dari mana pun kita, dia pasti akan hantar.

annurA- welcome dear.. ;)

Unknown said...

Tq..Tq..Saya yg amat baru ini benar2 menghargainya

Nur Rayhan Yusoff said...

tq..tq k..slama ni memg pening pasal nk kenakan harga.kdg2 nk buat memkan msa tp kenakan harga mahal x sampai hati..nant org x nk hartr dh..

Anonymous said...

terima kasih..info yg amat bermakna..

Anonymous said...

terima kasih..info yg sgt bgs..mmg kdng2 pening nk letak hrga manik..n rupanya selama da prnh bg upah yg sgt tidak berbaloi...tp mende da lps nk buat mcm mane..lps ni kne jadualkn balik hrga manik...

Jiha said...

tqvm.. info ni sgt berguna... boleh jahit tp bila fkir haga, xpandai nak tentukan =( lepas ni leh la trima tmpahan hihii tq zai

KEMBOJA said...

Tq so much blog yang amat menarik dan banyak info berguna diperolehi saya amat tertarik dengan design dr blog ini sungguh terpegun dgn gemerlapan manik yang disusun dan sangat kreatif.Hasil kerja yang sungguh kemas...semoga terus berusaha

ybfiqah said...

terima kasih kak atas perkongsian yg di beri...
saya berminat nak belajar cara jahit manik yg akk buat tp saya bzy dgn krje...susah nk ke sana..
tapi pape pon terima kasih

Anonymous said...

time kaseh bbnyk akak zai!anda adalah satu2nye blogger yg generously share tips2 dan cara2 berguna untuk org2 yg baru menapak mcm sy..moga akak trus sukses!:)

Anonymous said...

O... saya baru nak cuba-cuba jahit manik untuk outdoor customer... tapi xtau mcm mana nak letak harga... Info yg sangat berguna utk saya...
Selama nie, jahit untuk butik, upah RM15 jer untuk 1 baju... tgn luka2, mata merah2 tp dpt sikit jer... nak buat cam ne part-time keje je, buat juga la walau dpt ciput... Bila orang luar tanya harga, xtau nak jawab nak ambil upah berapa plak... hehehehe...
Kalau macam nie, boleh la apply kat org yg tanya... Terima kasih byk2..

yuyui_chan said...

salam.
thanks akak...info yg sgt berguna.
sy pon tengah tcari2 panduan nk letak harga..
(^_^)

http://yuyuibeads.blogspot.com/

ladyrose_syidah said...

tq..mmg berguna..xtau nk letak brp b4 nie..coz takut mahal sgt..tp nk jait manik merumitkan..silap2 haribulan lama2 kena jadi si mata 4..sbb tue kekdg mls nk amik upah jait manik..

Razalynda75 said...

thanks 4 de info.. sy dari dulu pening nk letak berapa harga upah jahit manik..

lin borhan said...

info sgt berguna.. tq =)
www.manikmanikveil.blogspot.com
(tempahan wedding veil dan jahitan manik baju kurung)

maniz said...

Thankss kakk.. Info yang amat bergunaaaa ;)
Selalu menghadapi masalah nak letak harga.
Lelagi org org yg kitee rapat. so dah ade info ni blh la sy refer ;)

Unknown said...

Nak letak harga tp malu dan x smpai ati. Nanti org kata mahal sgt.

>