Kali ni sangat malas nak update pasal manik dan labuci... (bukan malas.. tapi memang tak ada baju yang nak tunjuk pun... saya ni jahit manik punya lah lembab.. nasib baik customer semua very understanding.. tapi rasa sangat bersalah sebab dah berbulan-bulan tak siap-siap baju-baju mereka.. maafkanlah diri ini.. :( )
Kali ni saya nak buat special entry pasal tukang jahit manik pulak... insyaAllah, every month from now, saya akan pilih seorang beader setiap bulan untuk jadi Featured Beader (ala ala MTV Featured Artist of the month la ni..)
Beader yang saya pilih bulan ini tak lain tak bukan si cantik jelita Cik IzanSazlin Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Izan BeautyNTheBeads. Kenapa saya pilih dia? First of all, cik kak sorang ni tengah hot sekarang sebab dia baru keluar Wanita Hari Ini beberapa hari yang lepas dalam segmen 'tudung lama diberi nafas baru'. Memang tepat pilihan puan penerbit memilih Cik Izan kerana beliau memang sangat dikenali dari rekaan 'Tudung Beauty' beliau. Bukan setakat rekaan tudung sahaja, beliau juga seperti saya, menerima tempahan manik pada baju dan juga tudung. Another reason saya pilih Cik Izan adalah kerana ketelitian dan kekemasan jahitan beliau. Pada saya, semua orang boleh menjahit manik, tapi ketelitian dan kehalusan jahitan yang membezakan kualiti jahitan.
Ada banyak lagi sebab kenapa Beauty n The Beads menjadi Featured Beader kali ini... kalau nak tulis semua memang sampai esok tak habis-habis cerita. Jadi, untuk mengenali Featured Beader pada bulan ini, sila layari blog beliau yang turut tersenarai sebagai top 50 blog terbaik Malaysia pilihan Majalah InTrend http://beautynthebeads.blogspot.com/
antara sentuhan tangan beauty n the beads
(pictures taken from her facebook)
one of my favourite... sampai mimpi tau baju ni...
antara tudung beauty rekaan beauty n the beads
me with cik izan beauty n the beads