Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Thursday, March 11, 2010

Kelas Shimmering Flora + Crumble Mumble 2

Alhamdulillah... kelas SF + Crumble 1 telah dihadiri 4 orang student yang best2 belaka... Kak Musalmah, Kak Miza, Farah dan tak lupa juga Kak Lelawati. Seronok dapat jumpa dan kenal korang semua, insyaAllah kalau ada masa kita jumpa lagi ye :) Zai harap apa yang Kak Rozita dan Zai ajar haritu mudah difahami dan boleh dipraktikkan lepas ni. Ingat pesan Kak Ita, raya ni satu baju SF, satu baju Crumble untuk diri sendiri. Kira assignment tau! Lepas raya cikgu-cikgu nak evaluate.. hehe.. kalau ada soalan lagi sila-sila lah call kitorang.. insyaAllah apa yang kami dapat tolong, dengan rela hatinya kami tolong.

Gambar2 semasa kelas akan saya upload dalam masa terdekat ni.. sabar ye.. :)

So, untuk beaders-beaders lain pulak, kalau ada yang nak join kelas SF + Crumble (design yang sedang meletop-letop sekarang), anda boleh hadiri kelas SF + Crumble 2 yang akan diadakan pada 21 March 2010 ni. Kat bawah ni details pasal kelas:-

Tarikh: 21 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 6.0o petang
Tempat: Dewan Angsana, Seksyen 8 Shah Alam, Selangor
Modul: Teknik jahitan dan tips untuk mendapat design Shimmering Flora dan Crumble Mumble yang kemas dan cantik, dan juga tips gabungan warna yang sesuai dan menarik
Peserta: 10-15 orang
Tenaga Pengajar: 2 orang
Yuran: RM300 sahaja termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang

*Sijil penyertaan dan hadiah cabutan bertuah disediakan
*Segala peralatan menjahit disediakan, anda cuma perlu bawa buku nota dan pen sahaja :)

Cara Pendaftaran:-

1. Sila emailkan butir diri anda seperti nama, IC No(untuk sijil), alamat dan nombor telefon kepada saya (butterfly_beads@yahoo.com).

2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun Maybank 158060480861 Huzaimah Ahmad. Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas.

3. Baki yuran sebanyak RM200 hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas pada 21 Mac 2010.

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (search Zai Ahmad).

1 comment:

LiTtLe^m3 said...

wahh cikgu jai :D cik jai cik jai kita tak sempat2 lg nak antar baju.. agak2 bleh make over alas meja gak tak?:D

>