Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Sunday, June 2, 2013

Kelas Jahitan Manik Jun 2013 @ Shah Alam, Selangor

Assalamualaikum

Kelas Jahitan Manik Shimmering Flora + 3D (New Module)
Tarikh: 6 Jun 2013(Khamis), 22 Jun 2013(Sabtu)
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Tempat: Seksyen 9, Shah Alam
Yuran RM220 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)

:: Design Shimmering Flora lebih kepada teknik membuat bunga labuci atau sequin. Shimmering Flora adalah design yang diasaskan oleh Puan Nora Rahman (lebih famous dengan Noramanik, you can also find her on facebook). Selain bunga-bunga labuci, saya juga akan menyelitkan beberapa lagi teknik lain yang boleh diaplikasikan dalam design Shimmering Flora. And yes..beginner pun boleh join.. tak ada masalah :) ::
.
.

Kelas Jahitan Manik Scattered Pearls + 3D (New Module)
Tarikh: 8 Jun 2013(Sabtu), 15 Jun 2013(Sabtu), 29 Jun 2013(Sabtu)-sila pilih satu tarikh shj
Masa: 10 pagi hingga 6 petang
Tempat: Seksyen 9, Shah Alam
Yuran RM220 (Yuran termasuk makan tengah hari, nota, sijil dan peralatan)

:: Kelas ini sesuai untuk anda yang gemarkan design manik 'Crumble' yang diasaskan oleh Puan Umi PepariDsign (you can find her on facebook and her blog). Scattered Pearls adalah design manik yang banyak menggunakan glass pearls dan juga manik yang pelbagai saiz, disusun dalam susunan yang rawak dan boleh ditambah dengan acrylic stone, atau apa saja material yang anda rasa menarik. Dalam kelas ini juga saya akan kongsikan cara membuat 'cabochon' dan juga '3D ruffles'. Anda boleh menyertai kelas ini walaupun anda masih ditahap 'beginner' atau '0 knowledge' atau 'tak pernah pegang jarum dan manik langsung' :P since saya akan guide anda sampai anda faham...insyaAllah.. ::
.
.

* SPECIAL PROMOTION
***10% diskaun yuran untuk pelajar yang telah menyertai mana-mana kelas bersama saya dari tahun 2009 hingga 2012***

***Bring-a-Friend promotion- jika anda hadir bersama seorang(atau lebih) rakan, anda akan mendapat 15% diskaun untuk yuran anda, (RM220-15%=RM187), rakan anda pula akan mendapat 10% diskaun (RM220=10%=RM198)***

Tempat (Seksyen 9, Shah Alam):-
Kemuncak Kondo Shah Alam,
Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor.

DIRECTION:-
WHEN YOU FIND CONCORDE HOTEL SHAH ALAM ON YOUR RIGHT AT THE TRAFFIC LIGHT, TURN RIGHT. THEN, TURN LEFT ON THE FIRST JUNCTION. STRAIGHT ON UNTIL YOU FIND SMK & SK SEKSYEN 9 ON YOUR LEFT. KEMUNCAK KONDO IS NEXT TO THE SCHOOL.

Cara Mendaftar:-

1. Sila sms (pd no 0126772424) untuk mengetahui sama ada masih ada kekosongan kelas atau tidak terlebih dahulu, kemudian, jika saya telah memberi respon bahawa masih ada kekosongan untuk kelas tersebut, sila sms tarikh kelas, nama penuh, IC No(untuk sijil).

2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun MAYBANK 158060480861 (HUZAIMAH AHMAD) atau CIMB 08021264494528 (HUZAIMAH AHMAD). Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email (butterfly_beads@yahoo.com) atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas atau anda ingin menukar tarikh kelas pada saat2 akhir atau anda boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain.

3. Baki yuran hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas.

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui sms/telefon/whatsapp 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (Zai ButterflyBeads).

5. Kelas akan dibatalkan jika penyertaan kurang daripada 3 peserta. Deposit akan dikembalikan dalam masa 24 jam jika kelas dibatalkan. Deposit tidak akan dikembalikan jika anda yang ingin membatalkan penyertaan di saat2 akhir.

*Special Note - Saya juga ada menjual sequin, glass beads dan glass pearls, 10% diskaun diberi untuk semua student. Idea untuk combination warna adalah percuma, so tak perlu pening kepala lagi nak pilih color apa untuk manik baju anda ;)

sig

Saturday, June 1, 2013

Scattered Pearls (Hot Pink + Black)






sig
>