Hello Bead Lovers!!!

I'm sorry to inform that orders for beading embroidery by ButterflyBeads are currently CLOSED until further notice.


Thank you... ^.^

Tuesday, December 28, 2010

Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Salam ladies and gents ;)

Kali ni saja nak share pasal 'cara untuk anda menentukan harga upah jahit manik'. Mungkin ada yang dah tahu pasal teknik yang akan saya share ni, so kalau dah sila abaikan entry ini. Kalau rasa tak releven cara saya ni, sila abaikan juga entry ni, terima kasih.

Saya dapat tahu cara ni pun dari sifu manik Rosita Jaafar masa saya attend Bengkel Gabungan Warna & Melakar Corak yang diadakan oleh beliau a few months ago (ke last year.. x ingat dah :P). Tapi ada juga beberapa perkara yang saya pandai-pandai tambah :P So, here it goes...

Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-         
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%.

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. Tapi, yang paling penting sekali, pastikan anda menjaga kualiti jahitan anda, gunakan material yang berkualiti dan siapkan baju pada waktu yang dijanjikan (peringatan untuk diri sendiri jugak ni..) :)

Happy beading everyone!!


sig

Tuesday, December 21, 2010

Mari Beli Manik

Oh.. bukan saya nak jual manik di sini, sekadar ingin berkongsi tentang di mana manik dibeli... (it ryhmes ;))

Ramai yang tanya, Zai beli manik di mana? Ada yang bertanya di blog ini, ada yang email, student dalam kelas pun ada juga ingin tahu di mana saya mendapatkan manik/labuci/glass pearl etc. Tujuan saya berkongsi info ini bukan untuk mempromosikan kedai/individu, cuma ingin menjawab pertanyaan pada yang bertanya :)

Actually, banyak kedai/web yang jual manik..(duuuhhh.. semua orang tau la Zai..hehe) Tapi yang selalu mendapat perhatian saya adalah kedai/web berikut:-

1. ZaiManik (owned by Zaihasra Zulkifli) http://zaimanik.fotopages.com/
    Supplier of Japanese Seed beads and beads embroidery supply.

2. MarinaCraft (owned by Marina) http://www.marinacraft.com.my/

    Beading craft and embroidery supply.

3. Beading.com.my http://www.beading.com.my/
   
4. CT Handycraft (Located @ Seksyen 18 Shah Alam, near Mydin)

5. Clover Cash & Carry (Located @ Seksyen 9 Shah Alam)

6. Bunga Reben (Located @ Jalan Tunku Abdul Rahman KL, beside Nagoya)

7. My Collection (Plaza GM Lorong Haji Taib & Klang)
Lain kedai, lain harga dan kualiti manik/labuci nya, so terpulang pada anda untuk menilai, tapi memang kedai2/web2 yang saya senaraikan di atas yang TERBAIK!

sig

Monday, December 20, 2010

Patch Lace for Najihah's Wedding



sig

Tuesday, December 14, 2010

Kelas Jahitan Manik Crumble @ Subang USJ

Tarikh: 18 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 6 petang
Tempat: Pyracosmic USJ Subang Jaya
Yuran: RM190
Modul: Pengenalan kepada manik dan labuci
            Teknik gabungan warna
            Teknik jahitan asas Crumble
            Teknik jahitan lanjutan Crumble
            *Bonus: 5 teknik jahitan asas manik

*Semua kelengkapan jahitan disediakan
*Sijil penyertaan akan diberikan
*Yuran termasuk sarapan, makan tengah hari dan minum petang

Cara Pendaftaran:-

1. Sila emailkan/sms butir diri anda seperti nama, IC No(untuk sijil), alamat dan nombor telefon kepada saya (butterfly_beads@yahoo.com).

2. Bayaran deposit yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 hendaklah dibayar ke akaun MAYBANK 158060480861 (HUZAIMAH AHMAD) atau CIMB 08021264494528 (HUZAIMAH AHMAD). Sila maklumkan jika anda telah membuat bayaran deposit ini kepada saya melalui email atau sms (012-6772424). Adalah dimaklumkan bahawa deposit yuran pendaftaran ini tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan kehadiran anda 7 hari sebelum kelas atau anda boleh menggantikan tempat anda dengan orang lain.


3. Baki yuran sebanyak RM90 hendaklah dibuat semasa anda menghadirkan diri ke kelas pada 18 Disember 2010. 

4. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui email butterfly_beads@yahoo.com, atau sms/telefon 012-6772424 atau anda boleh add saya di facebook (search Zai Ahmad).


sig

Monday, December 13, 2010

Simple Shimmering Flora untuk Bonda

Shimmering Flora yang simple untuk bonda tersayang. Kesian mak, dah lama tunggu bajunya dimanik oleh anak sendiri. Selama ni dia tengok je anak dia jahit manik untuk baju orang, baju sendiri katanya "nanti bila ko lapang, buat la baju mak, tapi siapkan dulu baju orang". Lepas tu, saya kata "kalau nak tunggu siap baju orang, alamatnya sampai tahun depan pun tak tentu lagi bila dapat buat baju mak". Oleh kerana itu, masa balik kampung baru ni, saya sempatkan jugak lah jahitkan design yang simple untuk mak saya. Simple tak simple jugak la kan.. ambil masa dalam 10 jam jugak. Kalau SF yang biasa, saya ambil masa dalam 20 jam untuk tangan sahaja. Oleh kerana tak banyak manik dan labuci yang dibawa balik kampung, saya gunakan warna yang ada saja. Nasib baik masuk pulak warnanya. Kalau nak bawak semua stok manik, penuh satu bonet :) 


sig
>